Tuesday 24 May 2016

CORETAN SUKA DUKA DI SRII AL-FAIZEEN


Kenangan indah selama 3 tahun (2013 - 2015) di Sekolah Rendah Islam Integrasi Alfaizeen, Seksyen 7, Kota Damansara, Selangor Darul Ehsan amat nostalgik dan merasuk kalbuku. Disinilah tempat yang menjadi titik tolak diriku bergelar seorang GURU. Disini juga dapat kurasai, kulalui dan kutempuhi pahit manis kehidupan sebagai seorang GURU.

Terimbau aku disaat pertama kali mendapat panggilan daripada Ketua Akademik, iaitu Ustazah Nur Hima Pauzi binti Suparman yang menyatakan bahawa aku diminta hadir untuk ditemu duga menjawat jawatan guru akademik Bahasa Melayu disana. Perasaanku amat gembira dan bahagia. Hampir saban waktu kuberdoa mudah-mudahan Allah mempermudahkan urusan aku ketika ditemu duga. hari yang dijanjikan telah tiba, aku ditemani seorang sahabat sebilik di UM, Hasif namanya, memandangkan Hasif tinggal di LGM (Lembaga Getah Malaysia) Sungai Buluh, dia lebih memahami selok-belok di Kota Damansara. Hasif membawaku ke Seksyen 7, Kota Damansara. Akhirnya aku sampai di Surau As-Sahabah yang mana terletaknya sekolah Rendah Islam Alfaizeen. Pada awalnya, bermain di benakku mana sekolahnya, rupanya seperti surau jer (aku ketawa sendirian...hahaha). Namun, kukuatkan langkah kakiku menuju ke pejabat sekolah.  Setelah berada di hadapan pejabat, aku memberi sapaan salam yang kemudian disahut oleh seorang perempuan, yang akhirnya kini kukenali sebagai Ustazah Nurhima. Alhamdulillah, urusan temu duga ku berjalan lancar dan akhirnya aku lulus. 

Episod pertama aku di SRII Al-Faizeen bermula pada akhir tahun 2012. Aku diminta oleh Ustazah Nurhima untuk bergotong-royong bersama-sama guru yang lain bagi mencantikkan kelas sebelum sesi persekolahan baru bermula. Aku dipertemukan dengan rakan-rakan guru baru antaranya Ustaz Nasrullah, Ustaz Fadzil dan Ustaz Rousydie. ketiga-tiga mereka merupakan guru baru di sekolah ini. kami mula akrab dan menjadi teman sehati sejiwa. setiap masalah yang dihadapi dikongsi bersama. sehinggakan pulang lewat malam dek kerana melepak di Mc Donald dan Pizza Hut di Seksyen 6 Kota Damansara. Aku begitu senang dan bahagia apabila bersama mereka. pelbagai cerita menarik dikongsi bersama malah ketidakpuasan hati juga diluahkan bagi menghilangkan tekanan kerja. Namun, semuanya hanya sementara, semuanya membawa haluan masing-masing apabila mendapat tawaran kerja yang lebih baik daripada SRII Al-FAIZEEN. jiwaku tetap akur menerima gaji yang cukup-cukup makan sahaja selama 3 tahun dan akhirnya aku tersedar yang perjuanganku harus dilebarkan demi kesenangan di dunia sementara. 

ketika di SRII AL-FAIZEEN pelbagai mehnah yang telah kurasai. diriku pernah diherdik, dimarah dan diserang oleh ibu bapa pelajar yang merasakan bahawa corak pengajaranku agak keterlaluan. aku pernah dipanggil mengadap Ketua Akademik kerana terdapat rungutan daripada ibu bapa pelajar. Aku ditegur, dinasihat dan diberi amaran supaya tidak mengulanginya lagi. Aku akur dan tabah kerana aku tahu niatku hanya untuk mengajar dan mendidik anak bangsa. Impian dan cita-citaku hanya satu, iaitu melihat mereka menjadi insan soleh selaras dengan gagasan bawaan sekolah. Hal ini menjadikan aku sebagai guru yang KEBAL dengan sebarang bedilan dan tohmahan butiran kata-kata insan kaya yang rapuh jiwanya. Mereka melihat daripada kaca mata kasta merdeka yang anak-anak tidak wajar disentuh, dicubit dan dirotan dek kerana kesalahan, kemalasan yang membelenggu diri mereka. Tentu ada sebab kenapa diriku begitu prihatin sehingga memberikan hukuman yang berat kepada mereka. contohnya, kerja sekolah tidak pernah disiapkan walaupun bertalu-talu amaran diberikan.

tidak lupa juga pelbagai kenangan manis dan memori indah pernah terkait dalam riwayat hidupku di bumi Al-Faizeen. kenangan bersama teman-teman seperjuangan yang mengalami nasib yang sama (Kak Izzati, Bonda Ramlah, Kak Huda dan ramai lagi), iaitu bermasalah dengan pengurusan sekolah yang bagi aku hanya mahukan material semata daripada serapan ukhrawi untuk anak-anak didiknya. melalui pemerhatianku segala usaha diserahkan kepada guru, hatta hal kebajikan pelajar juga diabaikan malah diambil kesempatan... Allahu Musta'an... Wallahu A'lam...(lupekan ajer ler cite tu... senang cite what you give, you get back)... 

kenangan terindah di Al-faizeen bila mana tibanya hari guru... wah2... anak2 al-faizeen sangat menghargai semangat juang guru-gurunya... Allahu bestnye...dapat hadiah banyak giler... penuh meja... lagi2 la kalau mengajar kelas tahun 1 dan 2... perh... mau x menang tangan dibuatnya nak bawa balik...hahaha...

sebenarnya nak cite banyak lagi tapi masa x cukup... nanti kite sambung yer... 

dan ape yang aku cube highlightkan di sini...


Suka dukanya seorang GURU kekal DIINGATAN...

AL-FAIZEEN DI HATI...

Tambah kapsyen