Tuesday 21 February 2012

‎::..RENUNGAN PAGI ~ ALHAMDULILLAH, KITA MASIH MAMPU..:: ‎::..RENUNGAN PAGI ~ ALHAMDULILLAH, KITA MASIH MAMPU..::


ALHAMDULILLAH,,
KITA masih mampu MANDI sendiri SEBELUM orang MANDIKAN KITA..

KITA masih mampu pergi ke SURAU sendiri SEBELUM orang mengANGKAT KITA ke SURAU..

KITA masih mampu SOLAT BERJEMA'AH SEBELUM JEMA'AH yang SOLATkan KITA..

KITA masih mampu SOLAT di BELAKANG IMAM SEBELUM KITA diSOLATkan di HADAPAN IMAM..

KITA masih mampu memBACA YASIN SEBELUM orang memBACAkan YASIN untuk KITA..

KITA masih mampu menZIARAHI KUBUR SEBELUM orang menZIARAHI KITA di KUBUR..

RENUNG2KANLAH.."

ALLAH maha MELIHAT...


Assalamu'alaikum warahmatullah .
Dia berbicara dalam hati "Eh, aku nak buang sampah la. Tengok-tengok dulu ada orang ke tak , nanti orang nampak pulak aku buat benda tak elok. Ada CCTV ke tak tempat ni?"
Lepas tu iman dia membalas . Kalau sini tak ada orang pun, awak tak berseorangan . ALLAH NEEDS NO CCTV la, tak ingat ke ? Firman Allah dalam surah Al-Hadid ayat 4, "Dan Dia (Allah) tetap bersama-sama kamu di mana sahaja kamu berada, dan Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan."
Then, dia pun tak jadi nak buang sampah tu . Alhamdulillah !

"Dan sesungguhnya tiap-tiap seorang akan disempurnakan oleh Tuhanmu balasan amal mereka, sesungguhnya Allah Amat Mendalam pengetahuan-Nya tentang apa yang mereka kerjakan ." [Surah Hud : 111]

hidayah ALLAH..


Jangan menunggu hidayah, baharu nak berubah kepada yang lebih baik. Tetapi berubahlah kepada yang lebih baik, maka hidayah itu akan tiba. Insya-Allah !
**Hidayah itu memang milik Allah, Allah yang berhak berikan kepada sesiapa yang Allah kehendaki. Dan Allah juga berhak tidak memberikan kepada sesiapa yang Allah tidak kehendaki.
**Walaupun hidayah itu milik Allah yang mutlak, bukanlah bermakna kita perlu duduk goyang kaki menunggu diberi hidayah.

KERANA HIDAYAH ITU PERLU DICARI . ♥ ~

renungkanlah TEMAN...


Sahabat yang boleh nampak senyuman di bibir kita memang ramai. Tapi tak ramai yang boleh tafsiran maksud yang tersirat di sebalik senyuman tu. Tak ramai yang boleh nampak yang senyuman tu sebenarnya hanyalah senjata bagi menutupi kesedihan. Air mata di mata boleh lap guna tisu? Air mata hati? Hanya Allah yang mampu lap, pujuk. Hati ini Allah berikan untuk kita. Hebatnya hati boleh berbicara tanpa suara. Hebatnya hati mampu menangis tanpa airmata. Tapi jangan lupa hebatnya hati juga boleh menghancurkan iman kita. Lemahnya hati dengan bisikan suara nafsu. Jadi marilah jaga hati kita dengan sebaik-baiknya ♥

**seboleh-bolehnya berusaha untuk jadi sahabat yang baik dan boleh jaga hati dengan baik. Insya-Allah..

IKHLAS DARIPADAKU...


•٠•●❤ Jika aku ditakdirkan MATI muda, aku harap agar segala bentuk PENULISANku mampu memancing RAHMAT Ilahi, dan bukannya DOSA yang diwariskan..

˙•٠•●❤ Jika yang ditulis itu BERMANFAAT, maka baginya PAHALA yang bertimpa-timpa. Tapi jika yang ditulis itu punca DOSA, maka ia akan berakhir dengan punca SESAL tanpa hujungnya..

˙•٠•●❤ Garapkanlah larian PENA dengan TAKZIM...Moga harga aksaramu ialah SYURGA...insyaAllah

mindset orang kita...


~muslimah pakai tudung labuh, GIRLS ckp ala x high in la, skrg ni shawl ok
~muslimah pakai jubah labuh, GIRLS ckp ala x ikut fesyen btol dye ni
~muslimah pakai stokin, GIRLS ckp ala kaki x lawa la tu
~muslimah pakai purdah, GIRLS ckp ewww malu la tu nk tunjuk muka
~muslimah bdakwah, GIRLS ckp hari2 bole dgr kt msjid.....

wahai insan yang bergelar GIRLS kutuklah semahu2 kaliann sehingga kalian merasa puas . . Tapi ingat ade yg lbh berkuasa dr kalian di ATAS sne, iaitu ALLAH... Biarlah org kutuk kita memakai bju ketinggalan zaman, asal kita x pkai bju akhir zaman.

WAKTU TAUBAT BAGIMU...masih terbuka...


Apabila bangun dari tidur, tanya pada diri sendiri :

"kenapa Allah masih menghidupkan aku pada hari ini? "

jawapan yang dicadangkan Imam Al-Ghazali :
"kerana dosaku terlalu banyak dan Allah masih izinkan / masih beri masa untukku bertaubat''

pesan RASULULLAH S.A.W..


Rasullullah bersabda.."Akan tiba di akhir zaman di mana umatku akan suka kepada 5 perkara dan lupa kepada 5 perkara iaitu ;

a) Suka kepada dunia dan lupa kepada akhirat
b) Suka kepada istana (rumah) dan lupa kepada kubur
c) Suka kepada harta dan lupa kepada hisab (hitungan amal dan harta)
d) Suka kepada anak-isteri dan lupa kepada bidadari
e) Suka kepada diri sendiri dan lupa kepada Allah

‎::..SIAPA KATA..::


SIAPA KATA USTAZ tak pernah buat DOSA..
SIAPA KATA PAKAR KAUNSELING tak ada MASALAH..
SIAPA KATA CIKGU tak pernah buat SILAP..
SIAPA KATA CHEF tak pernah masak NASI MENTAH..
SIAPA KATA DOKTOR tak pernah SAKIT..
SIAPA KATA PROFESOR tak pernah kena tipu..
(walaupun PROFESOR serba TAHU..)...

INGATLAH Bahawa,,

Semua MANUSIA yang HIDUP Di DUNIA ini,,
ALLAH berikan KELEBIHAN dan KEKURANGAN masing2..

ALLAH berikan KELEBIHAN,,
Bukanlah 100% diBERI semua pengeTAHUan..

ALLAH berikan KEKURANGAN,,
Bukanlah sehingga ia mengHINAkan..

Terkadang sengaja ALLAH menyulitkan perkara yang kita PAKAR,,
AGAR kita tidak perlu SOMBONG..
AGAR kita sentiasa menjadi HAMBA yang berSYUKUR kepada-NYA.

JAGA AURATMU...


~> Di tanya pd seorg gadis..
"Awak syg ayah awak tak?
Sayang sngt2! He's my hero!
- tapi kenapa awak tak tutup 'aurat'? Cian...ayah awak kena tnggung dosa awak setiap hari smpai awak bersuami..

~> Bila dah bersuami dan ditanya lagi,
"Awak cinta suami awak tak?
Of course! He's my life, heart & soul!
- tapi kenapa awak tak tutup 'aurat'? Hebatnya cinta awak sampai snggup biarkn suami tnggung semua 'dosa' aurat awak tuh?.

kematian....penerbangan terakhir...


~ Penerbangan terakhir kita bukan dengan pesawat AIRLINES tapi KERANDA yang dipandu 4 manusia menjadi roda..
~ Bekal kita bukan WANG & HARTA tapi AMAL IBADAH..
~ Baju yang kita pakai bukan jenama LEVIS tapi kain KAFAN..
~ Bukan PRAMUGARI yang melayan kita tetapi MALAIKAT MUNKAR & NAKIR..
~ Pendaratan kita bukan di JAPAN@USA tapi TANAH PERKUBURAN..
~ Pasport kita AL-ISLAM, visa kita bukan 2 tahun tapi untuk selama-lamanya.. ~Tempat tidur kita bukan SPRINGBED tapi TANAH LIAT.. Adakah kita sudah bersedia???

Renung-renungkan bersama ^^

THANKFUL


Ya Allah...
Ketika kau hadiahkanku sahabat..
jadikanlah aku bersyukur ke atas kurniaanMu...
Jadikanlah hatinya berlapang dada menerimaku...

Kau hadiahkanku sahabat ini sebagai Teman seperjuanganku...
Peniup semangatku,
saling membantu memikul beban dakwah agamaMu.....

Kau hadiahkanku sahabat...
jadikanlah hubungan ini disemai atas redhaMu...
Teguhnya atas cintaMu...

Di lindungi dari maksiat serta hal-hal yang melalaikan dari mengingatiMu...

Ya allah...
bahagiakanlah hatiku dan hati sahabatku ini dengan cinta kepadaMu. ...

Amiin Ya Rabbal a'lamin..
 

man antum?

Antum menggelarkan diri sebagai srikandi dan pejuang Allah.
adakah saat anda masih meninggikan suara suara kepada kedua ibu bapa?
adakah saat ini anda masih bercouple?
adakah saat ini anda masih melengah-lengahkan solat?
adakah saat ini anda masih mengumpat kawan-kawan anda?
adakah saat ini anda masih berhubung dengan muslimin/muslimat ajnabi tanpa ada keperluan?

dan banyak lagi persoala 'adakah' yang perlu kita tanya pada diri kita sendiri.

kata nak jadi pejuang yang menegakkan hukum Allah?
kata nak tegakkan kalimah Allah?
bagaimana nak jadi pejuang Allah,tentera Allah kalau diri masih lagi melakukan benda-benda lagha.

Tanyakan pada diri,kalau kita masih lagi pentingkan diri sendiri,masih lagi nak 'seronok2'.masih lagi tak nak korbankan masa dan tenaga,

bagaimana nak bela nasib saudara kita di palestin.di syria,dll.?

kononnya kesian.

semua yg kita rasai,kesusahan kita,cuba banding dengan saudara2 kita di sana!

jadi usahlah mengeluh,teruskan kuat melangkah!

sedia untuk ditarbiyah?

relalah untuk ditarbiyah untuk mentarbiyah!

insyaAlllah!:)

Didik Anak Sebelum & Selepas Tidur


i. Gosok gigi dan mengambil wuduk.
ii. Ingatkan anak supaya membaca doa dan ayat-ayat Al-Qur’an sebelum tidur.
iii. Baca doa sebelum tidur.
iv. Baca Surah Al-Fatihah, Ayat Kursi, Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq, Surah An-Nas.
( Sapu ke seluruh tubuh hingga ke bawah ).
2. Cium ubun-ubunnya sebelum tidur dan hembuskan doa-doa terbaik untuk kebaikan si anak. Diantara doa-doanya ialah :
Dan (Ingatlah) ketika Luqman Berkata kepada anaknya, di waktu ia memberi pelajaran kepadanya: “Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah, Sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar”.
Allah Maha Lembut terhadap hamba-hamba-Nya; dia memberi rezki kepada yang di kehendaki-Nya dan dialah yang Maha Kuat lagi Maha Perkasa.
“Ya Tuhanku, anugerahkanlah kepadaku (seorang anak) yang termasuk orang-orang yang soleh.”

KAEDAH MENGEJUT ANAK BANGUN DARI TIDUR
Ibu-Ibu, bapa-bapa serta saudara-saudari seislamku,
Ingatlah,
Setiap Insan pasti mahu memulakan harinya dengan ceria dan bersemangat. Jika bangun pagi sudah dimulai dengan perkara kurang baik, ditakuti ia akan merosakkan mood sepanjang hari.
Sebelum tidur, pasti kebanyakan individu menyimpan cita-cita untuk masa depan, mengenangkan peristiwa lalu serta memikirkan perkara yang akan dilakukan pada keesokkan harinya.
Ingatlah wahai saudara-saudariku…
Cuba kita ingat dan kenang kembali bagaimana ibu mengejutkan kita bangun pagi setiap hari untuk ke sekolah serta hari-hari cuti. Namun apabila besar dan mula ke sekolah menengah kita sudah pandai mengunci jam sendiri untuk bangun pagi ke sekolah dan sebagainya.
Sedang kita lena enak dibuai mimpi, tiba-tiba kita dikejutkan dengan kasar atau perkataan yang menyakitkan telinga yang mendengar serta menyakitkan hati, sudah pasti hati berasa sangat marah. Apabila sudah dewasa dan berkeluarga, bagaimana pula kita mengejutkan anak-anak bangun dari tidur..?
Kadang-kala ibu berasa letih dan marah apabila anak yang dikejut berkali-kali tidak juga bangun dari tidurnya. Sudah digerakkan supaya bangun, tetapi masih juga mengalihkan tubuhnya ke posisi lain untuk menyambung tidurnya. Apabila dikejutkan sekali lagi, ia mendengus kerana marah diganggu.
Ibu dan bapa yang dirahmati Allah sekalian…,
Kejutlah anak kita dengan penuh kasih-sayang, bukan menjerit dan menggegarkan tubuh si anak dengan kasar.Ini akan membuatkan si anak bertambah malas untuk bangun daripada tidur akibat sikap ibu yang suka menjerit atau menggunakan kekerasan semasa mengejut si anak.
Biasanya kita menyuruh si anak segera bangun daripada tidur, sedangkan ada masanya anak mahu bermalas-malasan seketika sebelum bangun daripada tidur.
Sesungguhnya,kata-kata yang baik akan membuat si anak berasa bersemangat untuk bangun daripada tidur.
Jika si anak jenis yang liat bangun tidur, maka usahakanlah membelainya dengan kata-kata lembut dan mengusapnya. Dia akan merasa bahagia dan tahu dirinya disayangi .
Saudara-saudari yang dirahmati Allah,
Ingat..!
jangan lupa baca doa bangun daripada tidur.
Jika tidak berjaya mengejutkan anak dengan belaian dan kata-kata lembut, cubalah gerakkan tangan dan kakinya seolah-olah sedang bersenam. Anak yang masih mengantuk juga akan cepat tersedar apabila ibu atau bapa mengejutkannya dengan cara membuat kelakar atau bergurau. Ketika masih mengantuk,dia mungkin akan ketawa apabila mendengar gurauan ibu bapanya , dan akan memulakan paginya dengan perasaan ceria dan bahagia.
Sebaliknya ,cara kekerasan seperti meleteri,merentap kain selimut dan menarik telinga si anak untuk mengejutkannya daripada tidur, hanya akan menyebabkan si anak merasa malas dan tertekan bangun daripada tidur.
Tidak kira samada anak tidur pada waktu pagi, tengahari atau malam, seharusnya ibu dan bapa menggunakan pendekatan baik untuk mengejutkan anak. Perkataan kasar atau kesat akan menyebabkan anak merasa jauh hatinya.
Jika cara kekerasan di gunakan dalam mengejutkan anak daripada tidur, bimbang ia akan merosakkan personaliti si anak. Emosi anak juga akan terganggu dan tidak menentu serta merasakan suatu seksaan untuk bangun daripada tidur setiap hari.
Tidak dinafikan, ada si anak yang mempunyai tabiat bangun pagi dengan merengek atau sering saja buat hal, Namun seharusnya kasih sayang dimanfaatkan bagi memujuk si kecil bangun daripada tidur.

‎"Wahai kaum adam…


Kerana apa kau mencuri hati kaum hawa??
Kerana apa kau menyintai kaum hawa..??
Kerana apa kau menyayangi kaum hawa…??
Kerana apa kau menyunting kaum hawa…??

Wahai kaum adam…
Adakah kerana kau ingin lukakan hatinya..??
Adakah kerana kau ingin robekkan perasaannya..??
Adakah kerana kau ingin siatkan kasih sayangnya…??
Adakah kerana kau ingin menyeksa jiwa raganya…??

Wahai kaum adam…
Apa erti cinta pada diri kalian..??
Apa erti sayang pada kalian…??
Apa erti rindu pada kalian…??


بِسْمِ اللهِ الَّذِيْ لاَ يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِيْ الأَرْضِ وَلاَ فِيْ السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ




Maksudnya : Dengan Nama Allah yang tidak memberi mudharat dengan namaNya sesuatu di bumi dan langit dan Dialah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. 
۞ 

‎-Anda di mata orang lain-


Suatu hari seorang penceramah terkenal membuka seminarnya dengan cara yang unik.
Sambil memegang wang RM100, dia bertanya kepada hadirin,

“Siapa yang nak duit ini?”.

Kelihatan ramai penonton angkat tangan menunjukkan ramai yang minat.

“Saya akan berikan ini kepada salah seorang dari anda , tapi sebelumnya perkenankanlah saya buat ni dulu.”

Dia berdiri mendekati hadirin. Wang itu diramas-ramas dengan tangannya sehingga renyuk.
Lalu bertanya lagi,

“Siapa yang masih mahu duit ini?”
Jumlah tangan yang mengangkat tak berkurang.

“Baiklah,” jawabnya,

“Apa jadinya bila saya melakukan ini?”

Ujarnya sambil menjatuhkan wang itu ke lantai & melenyek-lenyekkan dgn kasutnya. Meski masih utuh, kini wang itu jadi amat kotor,lusuh dan amat renyuk.

"OK, sekarang masih ada yang berminat?”.
Tangan-tangan yang angkat ke atas masih tetap banyak.

Hadirin sekalian, Anda baru saja menghadapi sebuah pelajaran penting. Apapun yang terjadi dengan wang ini, anda masih berminat kerana apa yang saya lakukan tidak akan mengurangi nilainya.

Biarpun renyuk,lusuh dan kotor, wang ini tetap bernilai RM100 juga..

Dalam kehidupan ini, kita pernah beberapa kali terjatuh, terkoyak, dan dipenuhi kotoran akibat keputusan yang kita buat & situasi yang menerpa kita dalam sesuatu keadaan dahulu.

Dalam keadaan seperti itu, kita merasa tak berharga, tak bererti.
Padahal apapun yang telah & akan terjadi, anda tidak pernah akan kehilangan nilai di mata mereka yang mencintai anda, lebih-lebih lagi di mata Tuhan.

Jadi walau bagaimana kotor pun anda, kita masih mempunyai nilai yang tersendiri. Sayangilah diri anda, bertaubat jika membuat dosa, terus berusaha jika gagal kerana diri kita sebenarnya amat berharga.

Dan jangan terlupa kita adalah makhluk Allah yang di pandang sama, hanya iman dan takwa yang membezakan kita.

Assalamu'alaikum warahmatullah sahabat ! ^-^
Sobahal khair ! Mulakan pagimu dengan kalimah memuji Allah, ALHAMDULILLAH !
Subhanallah wabihamdihi, subhanallah al-adzhim !
Ringan di LISAN, berat di MIZAN ! Insya-Allah wallahu'alam . ♥
Moga ramai yang bangun subuh dan menaikkan bendera iman pada hari ini !
Bendera iman waktu pagi itu solat subuh, baharulah bendera iman akan terus berkibar-kibar di ruang angkasa sampai subuh seterusnya . Kibaran bendera iman tu pula adalah waktu solat fardu yang lagi empat.
Ye la kan, takkan bendera iman nak berkibar macam tu je, tapi tak dinaikkan ?
Renungkan.. ^-^

isteri cerdik dan solehah...


❤••❤ Seorang wanita PINTAR akan membuka fikiran kamu...

.❤••❤ Seorang wanita CANTIK akan membuka mata kamu....
...
.❤••❤ Tapi seorang wanita SOLEHAH yang akan membuka hati kamu .. :))
...
.❤••❤ Dalam cinta tak perlu mencari orang yang tepat. Tapi yang diperlukan adalah orang yg dapat membuat kita TENANG disisinya begitu juga sebaliknya....

.❤••❤ Kecantikan fizikal hanya akan terlihat oleh mata, tapi kecantikan hati akan terpancar dari KEPERIBADIANNYA sehari-hari.


dOaKu KiRiM


Saya tak tahu bila saya akan “pergi”,
Tapi izinkan saya beritahu saya sayang kalian semua,
Sama ada yang saya kenal rapat, kenal kurang rapat, atau tidak kenal pun..
Saya buang segala benci saya pada kalian, jika ada..
Saya halalkan segala hutang kalian pada saya, jika ada..
Saya maafkan semua kesalahan kalian, jika ada..
Dan harapan saya MAAFKANLAH SAYA,
Sesungguhnya saya hambaNya yang alpa..
Biarlah kalau saya pergi, saya pergi dalam keadaan tenang
Tanpa sekelumit pun rasa kurang senang pada sesiapa..
Saya maafkan, saya lepaskan, saya tinggalkan..
Demi kasih sayang saya pada kalian...

AnDAi HaRi EsOk SaYa TiaDa DaN GaGaL MeNgUcApKaN SELAMAT TINGGAL,
InGaT BaHaWa SaYa tak pErNaH LuPa UnTuK UcApKaN TERIMA KASIH
KeRaNa SaYa BeRpEluAnG MeNgeNaLi SeSeoOrAnG..
SePeRTi DiRiMu..

BeKaLkAn SaYa dengan doa kalian...
Kirimkanlah saya cerita cinta kasih dan sayang kalian melalui sujud padaNya…
SEKIRANYA SAYA TAK BANGUN ESOK PAGI!

♥ ♥ Antara IMAN dan NAFSU ♥ ♥


Bila terserempak WANITA FREE HAIR

Iman : Astaghfirullah! Nasib baik terpandang sipi-sipi je..sudah-sudah..taknak la pandang lama-lama..habis la hafalan aku..entah-entah silap haribulan Al Fatihah pun aku tertukar dengan Qunut..naye aku..

Nafsu : Alaaaa..iman..tengok la..mesti ko nak tahu dia siapa kan? Tengok la kejap..

Iman : Taknak la..Aku pernah dengar sorang Ustaz ni cakap lelaki ni bila dah masuk kubur nanti, bahagian tubuh paling cepat reput adalah bahagian mata..perempuan pulak bahagian paling cepat reput adalah mulut..aku taknak la sebab sorang perempuan FREE HAIR ni mata aku cepat reput..kesian jasad aku..

Nafsu : Suka hati kau la! Yang penting dia nampak kiut tanpa tudung..Come on la beb! Kita hidup di zaman moden..tudung ni jumud..kuno..

Iman : Taubat-taubat! Hukum Allah tak makan dek waktu dan zaman..syuhhh3..sesungguhnya aku takut kepada azab Tuhanku..

Friday 17 February 2012

AddThis Chrome Extension

AddThis Chrome Extension

Quran MP3 - القرآن الكريم - koran karem

Quran MP3 - القرآن الكريم - koran karem
assalamualaikum...salam penghulu segala hari (saiyyidul ayyam) semoga pada hari ini kita perbanyakan selawat kepada junjungan besar nabi muhammad s.a.w. marilah sama-sama kita memperingati kisah dan teladan yang telah dipertontonkan kepada kita semoga kita menjadi ummat yang dicintai dan dirindui oleh rasul ALLAH...