Tuesday 22 May 2012

BAHAYA DOSA..


~✿..Apa BAHAYA DOSA? Bahaya dosa yang PALING BESAR adalah ia MENGELAPKAN HATI..bila hati gelap, kita akan TERHIJAB daripda Ilahi..bayangkan, apabila kita ada masalah..memang terdetik hendak MENGADU kepada Allah tetapi akhirnya kita rasa SEGAN menggunung, “Aku bukan baik, Allah nak layan ke aku?” dan biasanya kita TEWAS sebab apabila BANYAK DOSA, sangka baik kepada Allah pun jadi SUKAR..

Sebab itu banyakkanlah buat KEBAIKAN walaupun sekecil SENYUMAN, walau semudah DHUHA dua rakaat, kita akan BERSEMANGAT, dan kita akan melihat apabila kita ada masalah..kita mudah MENGADU kepada Allah, dan kekuatan turun mencurah IBARAT HUJAN..✿

>>> JANGANLAH malu untuk BERTAUBAT kerana selalu buat dosa, tapi malulah untuk buat dosa kerana BANYAK KALI sudah bertaubat..♥♥♥

~✿..Sesungguhnya SYURGA itu benar, DIYAKINI oleh orang yang benar..DIRAIH melalui amalan-amalan yang benar dan DISAMPAIKAN oleh Allah Yang Maha Benar (al-Haq) kepada RasulNya yang benar lagi dibenarkan..✿~

•••˙•:DUHAI SAHABAT..•˙♥●••˙**˙♥●••˙*••˙˙*

❝..JANGAN bermimpi mencipta KEBAHAGIAAN,
Jika TIDAK mampu memupuk SABAR melalui KEKECEWAAN..❞
❝..JANGAN terlalu mengharap akan KESEMPURNAAN,
Jika TIDAK mahu berusaha MEMPERBAIKI DIRI melalui KESALAHAN..❞
❝..JANGAN mendamba dan meminta BERLEBIH-LEBIHAN,
Jika TIDAK tahu untuk BERSYUKUR dan BERTERIMA KASIH di atas PEMBERIAN..❞ .

Wednesday 28 March 2012

LeLaKi PiLiHaN...


✿~ Lelaki yang baik takkan berusaha mendekati,
meskipun dengan niat yang suci,
kerana dia sentiasa menyedari,
niat mungkin terpesong sekalipun begitu murni,
kerana dia mengakui,
makhluk bertanduk dua sentiasa "memerhati"!
Ingatlah,Allah jua yang Maha Meengetahui.

✿~ Lelaki yang pintar sentiasa risau dirinya akan membawa fitnah kepada wanita,Lelaki yang pintar tidak akan sekali-kali gentar apabila seorang wanita bertindak tegas terhadapnya kerana dia sedar itulah wanita sejati!
Yang mempunyai harga diri, yang takut kepada Ilahi.
Lelaki yang pintar takkan risau dan gusar dengan status 'single' kerana dia tahu dengan izin-Nya kelak dia akan berjabat dengan seorang wali yang bakal memberikan titik noktah kepada status tersebut! ~

✿~ Wanita jadilah seperti mawar yang berduri...Jadilah bunga mawar yang indah berpagarkan duri.Jangan biarkan dirimu menjadi sembarangan bunga yang tetap juga indah tetapi,sayang tidak berduri, Apabila tidak berduri , tiada lagi benteng yang boleh melindungi keindahan si bunga daripada sewenang-wenangnya didekati sang kumbang. Lantas, tercemarlah keindahan dan murahlah nilainya. Duri mawar itulah ditasbihkan dengan perbatasan aurat, akhlak dan al-haya’. Dengan pagaran duri itu, kilauan warnanya semakin memancar indah dan harum aromanya menyelinap di segenap naluri yang mengundang kekaguman di hati sang kumbang hinggakan sang kumbang berfikir beberapa kali untuk mendekati! ~

PESANku pada UMAT:-


‎~✿>>Umat Islam mesti berilmu bukan hanya menungkat dagu,
~✿>>Umat Islam mesti banyak membaca bukan melihat orang baca,
~✿>>Umat Islam mesti berdakwah bukan hanya pandai menyalah,
~✿>>Umat Islam mesti bermaruah bukan berbangga di bumi bertuah,
~✿>>Umat Islam mesti menjaga waktu bukan membazir waktu,
~✿>>Umat Islam mesti kaya jiwa bukan kaya harta,
~✿>>Umat Islam mesti bekerja keras bukan pemalas,
~✿>>Umat Islam mesti merenung bukan termenung,
~✿>>Umat Islam mesti mengkaji bukan berangan tidak bererti,
~✿>>Umat Islam mesti berhati-hati bukan membuta tuli,
~✿>>Umat islam mesti disengani bukan ditakuti,
~✿>>Umat Islam mesti bersatu hati bukan hasad dengki,
~✿>>Umat Islam mesti berpolitik bukan main-main politik,
~✿>>Umat Islam mesti menang bukan kalah dalam perjuangan,
~✿>>Umat Islam mesti mensyukuri bukan kufur nikmat,
~✿>>Umat Islam hanya berpandukan Al-Quran, Hadis, Qias, Itjima dan ijtihad, kelak kita selamat dunia dan akhirat.

belajarlah BERSYUKUR:-


‎~✿>> Belajar BERSYUKUR mulai dari hal-hal yang kecil sekalipun, dan belajar MENILAI DIRI dari hal-hal yang TIDAK BAIK..kerana sesungguhnya kita TIDAK SEMPURNA dan tidak akan pernah sempurna..seringkali melakukan KESILAPAN tanpa sedar, hanya DOA yang membuat kita lebih kuat dalam BERTAHAN, walaupun berada dalam DUGAAN apapun..

p/s : Saat merasa KEHILANGAN HARAPAN, ingatlah..Allah selalu punyai RENCANA yang LEBIH INDAH dan TERBAIK buat kita..maka, SENYUMLAH selalu untuk lebih TABAH..♥♥

DoN'T GiVe Up...


~✿..Jangan putus asa untuk BERUBAH menjadi hamba Allah SWT yang baik..baik di sini adalah baik mengikut NERACANYA, bukan neraca manusia semata-mata..jangan PUTUS ASA kerana Allah itu Maha Pengampun..jika TERJATUH, jika TERSUNGKUR..jika TERTEWAS di tengah usaha, jangan sesekali berhenti untuk bangun semula..sesungguhnya Allah mengira USAHA kita, bukan natijahnya..✿~

>>> Menerima HAKIKAT bahawa kita LAYAK DIUJI dan dengan itu boleh menyebabkan hati menjadi TENANG..kita adalah MILIK Allah dan kepadaNya kita akan dikembalikan..kita layak, patut, dan mesti diuji kerana kita HAMBA, bukan tuan apalagi Tuhan dalam hidup ini..♥♥♥

TABAHKANLAH dirimu TEMANKU..


‎~✿..Dalam kita MELANGKAH, terkadang kita diuji dengan UJIAN yang BERAT sehingga kita terduduk dan MENANGIS..tapi ketahuilah dan RENUNGILAH kembali dalam diri kerana mungkin airmata itu HADIR kerana Allah mahu kita MENJAHIT kembali SEJADAH IMAN yang terkoyak lantaran ada LANGKAH-LANGKAH yang TERSASAR dari KEIKHLASAN..✿~

>>> Biar SENDIRI hingga hujung nyawa, asal TIDAK SEPI dari kasihNya kerana sesungguhnya HAKIKAT CINTA, hanya Dia yang Esa..untuk mencari DAMAI di hati dan jiwa, PULANGLAH ke asal kerana asalnya jiwa ini ‘DEKAT’ dengan Allah..♥♥♥

BERUBAHLAH...UMATKU...


‎~✿..Apabila kita BERBUAL dengan insan yang banyak ILMU, maka kita akan SEDAR betapa banyaknya cabang-cabang ilmu yang kita TIDAK TAHU walaupun berbual dengan mereka mengenai ISU-ISU dalam negara kita sendiri..saat itu aku BERFIKIR apa PERANAN aku buat negara sebagai seorang Muslim, dan adakah aku warganegara Malaysia ataupun mereka? Apa ERTI aku menganut Islam? Salah satunya ialah PEDULI terhadap NASIB umat Islam, pada MAKRUF dan pada MUNGKARNYA, itulah yang SETEPATNYA..✿~

>>> PERUBAHAN itu perlu..manusia memang tidak sempurna, tetapi USAHA ke arah suatu kesempurnaan itu perlu DILIPATGANDAKAN..terutama MENYEMPURNAKAN apa yang telah diperintahkan dalam agama kita iaitu ISLAM..PERPADUAN itu bermula, kala TAUTAN HATI bersemi..jika SYARIAT ISLAM menjadi pedoman SEJATI..♥♥♥

ceRIta UTK reNUngAN:-


seorang lelaki MENGADU kepada Imam Sahl bin Abdullah At-Tustari :
“Wahai tuan. Ada orang masuk ke rumahku lalu MENCURI HARTAKU dan MEROSAKKAN barang-barangku.”

Imam Sahl menjawab:
“BERSYUKURLAH kepada Allah s.w.t kerana BUKAN SYAITAN yang masuk ke dalam hatimu, lalu MENCURI IMANMU dan MEROSAKKAN TAUHIDMU.”

>>> Jagalah IMANMU wahai saudaraku..tanpanya kita tidak akan pernah mengetahui KEBAHAGIAAN akan Islam..maka kita wajib BERSYUKUR kepada Allah kerana hati kita tertancap oleh iman dan Islam..semoga Allah akan selalu MENGUATKAN iman kita dan selalu membimbing kita ke JALAN yang LURUS..amin..♥♥♥

DUNIA hanya terdiri atas TIGA hari :


✿~ HARI KELMARIN ~> Hari yang TIDAK akan PERNAH kembali dan sudah JAUH meninggalkan kita..
✿~ HARI INI ~> Hari yang harus kita TULIS dengan tinta emas amalan baik, kita UKIR dengan pena kemuliaan..
✿~ HARI ESOK ~> Hari KESEMPATAN bagi mereka yang telah Allah SWT kehendaki..meskipun hari esok belum tentu mereka dapat MENJUMPAI apalagi MEMILIKINYA..

>>> BAGAIMANA dengan hari ini, adakah ia LEBIH BAIK dari semalam? Bagaimana dengan minggu ini, adakah lebih baik dari minggu yang lalu? Bagaimana dengan tahun ini, adakah lebih baik dari tahun yang lalu? Dan seterusnya..tepuk dada tanya IMAN..moga ALLAH letakkan kita di antara orang-orang yang BERUNTUNG setiap masa..amin ya Robb..(✿◠‿◠)

KeSeDiHaNkU...


~✿..Aku melihat KEROSAKAN umat ini, aku cuba MEMPERBAIKINYA namun TIDAK MAMPU, lalu aku cuba memperbaiki masyarakat setempat..setelah waktu dilalui, masih banyak yang kurang, menyebabkan aku BERALIH kepada penduduk setempat untuk memperbaikinya, namun tidak banyak juga yang dapat DIIKHTIARKAN..akhirnya aku memulakan dengan KELUARGA.. barulah aku MEMAHAMI bahawa PERUBAHAN harus bermula dari DIRI SENDIRI nescaya berubahlah keadaan sekeliling..✿~

>>> Aku menyusun papan catur PEMIKIRAN..melihat kembali sejarah silam, buku sejarah dan sirah adalah RUJUKAN TERBAIK, untuk mendidik semangat di hati..dalam mengenal sejarah yang JUJUR dan teladan sirah, aku dapat mengenal siapa diriku, belajar..MENUNTUT ILMU..cukupkah sekadar itu? tidak cukup wahai diri..inilah diriku, kamu pula siapa dan bagaimana? yang penting, jagalah niat dan hati..(✿◠‿◠)

‎~♥♥Muhasabahlah diri...~♥♥


~✿Jadikanlah Al-Quran itu Surat Cintamu,

~✿Jadikanlah Solat itu penghubung dengan Tuhanmu,

~✿Jadikanlah Zikir itu Kerinduanmu,

~✿Dan Jadikanlah Mati itu Pertemuan Pertama Dengan Kekasihmu..

:: YA ALLAH YA RAHMAN ::


Bila aku meminta KEKUATAN,
Allah memberi aku RINTANGAN agar aku kuat.

Bila aku meminta KEBIJAKSANAAN,
Allah memberi aku MASALAH agar aku menyelesaikannya.

Bila aku meminta KEKAYAAN,
Allah memberi aku AKAL agar aku bekerja.

Bila aku meminta KEBERANIAN,
Allah memberi aku BAHAYA-BAHAYA dan DUGAAN agar aku mengatasinya.

Bila aku meminta CINTA,
Allah memberi aku ANAK-ANAK TERBIAR untuk aku bantu.

Bila aku meminta KURNIA,
Allah memberi aku KESEMPATAN.

Dalam semua hal itu...
aku TIDAK MENERIMA apa yang AKU INGINKAN,
Tetapi AKU menerima apa yang AKU PERLUKAN.
Ternyata doaku telah dikabulkan-NYA

USAH kita TERPEDAYA...


‎"Jangan tertipu dgn badan yang sihat kerana kematian x pernah berjanji akan datang pada badan yg sakit...
Jangan teripu dgn suasana yg aman kerana kematian x pernah b'janji akan dtg pd waktu peperangan...
Jangan tertipu dgn umur yg muda krn kematian x pernah b'janji akan dtg pd usia yg tua...."

ErTi SYUKUR


✿~Jika anda melihat orang kafir, maka bersyukurlah kepada ALLAH kerana anda berada dalam ISLAM.
✿~Jika anda melihat orang yang keji maka bersyukurlah kepada Allah kerana anda berada di dalam TAQWA.
✿~Jika anda melihat orang yang cerdik sungguh maka bersyukurlah kepada Allah kerana anda masih memiliki ILMU.
✿~Dan jika melihat orang yang ditimpa bencana maka bersyukurlah kepada Allah kerana anda TERHINDAR darinya.

pesanan ABANG:-


pesan kat adik beradik, kalau mak ayah kita meniggal, jangan biarkan orang lain yg urus jenazah mak ayah kita..biar adik beradik kita sendri yg uruskan..bukan kita tak pandai, tapi kita malas nak belajar..solat jenazah kalau bljar 5 minit pun tak sampai.. tapi kalau diploma,3tahun belajar boleh pulak..

kita tak malu ke kalau orang2 lain tahu aib mak ayah kita masa mandi??
cuba bayangkan..kita anggap benda ni benda kecik, sebab tu kita tak ambik berat..
cuba tanya mak ayah, kalau boleh sape nak uruskan kalau mak yah meniggal??
mesti diorang jawab, "anak2"...

bila mak ayah meniggal, mula la kite telefon pihak masjid,panggil org kampung nak suruh urus jenazah..padahal benda tu kite pun boleh buat..sia2 je kalau belajar sampai dapat PHD tapi org lain yg mandikan jenazah mak ayah kite, sia2 je ada ijazah, tapi org lain kafankan jenazah mak ayah kite..sia2 je blajar sampai UK, tapi org lain yg imamkan jenazah mak ayah kite..

renung2kan..inilah kali terakhir kita bertanggungjawab utk mak ayah kite..

orang PINTAR...iALaH:-


‎~ Saya BUKAN ORANG BAIK tapi saya mempunyai CITA-CITA untuk menjadi baik..bila saya tegur KESALAHAN orang lain bukan bermakna saya hendak tunjuk alim/baik cuma itu juga menjadi TELADAN BUAT DIRI SENDIRI supaya tidak berkelakuan begitu..hodoh dan HINA rupanya jika kita berkelakuan seperti TIADA AGAMA.. ~ Saya BUKAN ORANG BAIK tapi saya mempunyai CITA-CITA untuk menjadi baik, marilah semua kita BERUBAH..KIAMAT SUDAH DEKAT,berubahlah semua sementara masih ada MASA dan PELUANG.. ~ Saya BUKAN ORANG BAIK tapi saya mempunyai CITA-CITA untuk menjadi baik..InsyaAllah, saya akan terus MENDOAKAN kalian semua dan saya sendiri agar ditetapkan hati dan ISTIQAMAH dalam mencari cinta Ilahi..Amin.. ~Saya PUJUK anda, saya SERU anda dan saya AJAK anda ke arah KEBENARAN dan KEBAIKAN kerana saya SAYANGKAN anda semua..♥♥

sedarilah AHLI KUBUR...


Wahai bakal-bakal jenazah yang dikasihi Allah swt, kita semua tahu bahawa mati itu benar, alam barzakh itu benar, hitungan amal itu benar, titian sirot itu juga benar, syurga dan neraka juga benar. Persoalannya, adakah kita sudah bersedia menghadapinya?

Di sana kita hanya ada dua pilihan bukan tiga atau empat iaitu diletakkan sama ada di syurga atau neraka, jika baik timbangan amal kita, maka baiklah. Jika buruk timbangan amal kita, maka buruklah. Itu janji Allah swt yang terpateri teguh di dalam Al-quran dan As-sunnah.

Sesungguhnya, kita masih banyak peluang masa dan ruang untuk bertaubat serta menginsafi diri. Oleh itu, kita jangan buang masa lagi.

kita hamba-NYA...


‎~✿..Bergunung mana pun harta, bukanlah kaya namanya, jika miskin budi bahasa..
~✿..Segagah mana pun diri, bukanlah namanya pahlawan, jika nafsu tidak dapat di lawan..
~✿..Secantik mana pun rupa nan ayu, bukanlah namanya ratu, jika buruk tingkahlaku..
~✿..Setinggi mana pun darjatnya, bukanlah namanya mulia, jika tiada iman di dada..
~✿..Melangit mana pun ilmu, bukanlah namanya bijaksana, jika tidak diamal & diguna..
~✿..Sealim mana pun warak, bukanlah namanya ulama', jika takbur & riak.."

MUJAHADAH PERJUANGAN...


‎~Jalan DAKWAH ini tidak ditaburi oleh
salji-salji yang putih dan lembut...
tetapi oleh ais-ais yg licin (yg boleh menyebabkan kita jatuh sakit)
Jalan ini tidak dibentangi dengan
bunga-bunga dan permaidani merah,
tetapi ditaburi dengan duri-duri yang terpacak..~

INGATLAH..
"Di antara orang-orang mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah; maka di antara mereka ada yang gugur. Dan di antara mereka ada (pula) yang menunggu-nunggu dan mereka sedikit pun tidak merubah (janjinya)." (Al Ahzab: 23)

IMAN & TAQWA...


~✿..Bila hati diserah kepada Allah, Tiada resah tiada gelisah,
~✿..Bila apa yang diburu hanyalah demi mardhotillah, Hilang rasa gundah hidup rasa indah...
~✿..Bila benih cinta disemai dahulu pada Yang Esa, Barulah akan menyusul cinta tulus sesama hamba...
~✿..Pergilah duka, Hapuslah kecewa.. Kerana bahagia InsyaAllah akan tiba, Di dunia ini dan di akhirat sana,
~✿..Dengan syarat Iman dan Taqwa, Kukuh disemai dan tersemat di jiwa, Amal soleh bukti setia, Seorang hamba kepada Rabbnya..

‎:: AIR MATA HAMBA ::


Pernah tak kita MENANGIS kerana :
✿~ Takutkan Allah?
✿~ Takut dengan api neraka Allah?
✿~ Dosa kita dengan Allah?
✿~ Menangis kerana rindukan syurga Allah?
✿~ Menangis rindukan kekasih Allah (Nabi Muhammad & Para Anbiya')?
✿~ Menangis takutkan azab kubur?
✿~ Menangis kerana melanggar perintah Allah?

Berapa kali setiap kali DOA kita menangis? Berapa kali tiap kali SUJUD kita menangis? Berapa kali kita bangun SOLAT SUNAT TAUBAT dan menangis? Berapa kali kita menangis apabila BACA KISAH TENTANG API NERAKA? Berapa kali kita menangis tiap kali BERZIKIR akan kebesaran Allah? Dan berapa kali kita menangis KERANA Allah?

p/s : Menangislah, kadangkala manusia terlalu SOMBONG untuk menangis..lalu untuk apa AIR MATA DICIPTA, bukan hanya bahagia yang ada di dunia, air mata diciptakan bukan untuk dikeluarkan untuk sesuatu yang TIDAK BERMANFAAT, bukan untuk KEKASIH YANG TIDAK HALAL BUATMU tetapi hanya untuk Dia..terima kasih Allah kerana menciptakan air mata ini..♥♥

:: Sujud dan Menangislah Kerana Allah ::

InGaT...PUTERIKU...


~✿>> Orang perempuan JANGAN MUDAH TERTIPU dengan ayat lelaki yang MENGORAT versi baik:
"saya tertarik dengan status-status tazkirah awak di facebook.." atau "saya nak awak bimbing saya jadi baik.." dan yang sewaktu dengannya..

Ketahuilah, lelaki itu FITRAHNYA MEMBIMBING WANITA, bukan dibimbing wanita..dan jika betul dia inginkan bimbingan, dia pasti akan MENCARI SAHABATNYA yang SOLEH ataupun PARA USTAZ..

p/s : Jika dia mencari kamu sebagai 'PEMBIMBING', sangat pasti ada udang di sebalik mee..HATI-HATI dengan AYAT LUNAK ORANG LELAKI..♥♥

:: Lelaki yang BAIK adalah lelaki yang boleh membimbing wanita ke jalanNya, BUKAN MENGHANYUTKANNYA ::

CINTA yg x INDAH...


~✿>> MENGHAIRANKAN apabila ada anak gadis yang sanggup DIMARAH, DITENGKING atau DIKONTROL oleh boyfriend/pakwe/balak mereka walaupun antara mereka langsung tidak ada apa-apa IKATAN YANG HALAL..apabila selesai dating, DICIUM pula tangan si lelaki, aduh.....KETAATAN jenis apakah itu? Cium tangan itu untuk apa? KEBERKATAN?

p/s : Bagaimana mungkin kamu mendapat keberkatan dengan SENTUHAN YANG HARAM? Duhai saudariku..JAGALAH MARUAHMU, NILAIMU sebenarnya jauh LEBIH TINGGI..♥♥

CINTA....


~✿>> BUDAK MUDA BERCOUPLE suka menyebut soal 'HAK'..lelaki itu 'hak' dia sebab dah jadi "BOYFREN" dia..perempuan itu 'hak' dia sebab dah jadi "GIRLFREN" dia..bila ada yang kacau 'hak' tersebut, BERLAKULAH PERGADUHAN sesama mereka..

LELAKI BERGADUH sampai BERTUMBUK-TUMBUK..
PEREMPUAN BERGADUH sampai TARIK-TARIK RAMBUT..

DENGAR SINI ANAK MUDA, sebelum bising 'MEMPERTAHANKAN HAK' kamu, cuba PERIKSA balik :
✿~ Perempuan itu HAK BAPA dia, kalau mahu dapat hak tersebut..SILA BERJUMPA dengan bapanya terlebih dulu..
✿~ Lelaki itu HAK IBU dia, sudah cukup tertunaikah TANGGUNGJAWAB dia sebagai ANAK LELAKI kepada ibunya sendiri?

Jika tidak, JANGAN SIBUK sangat bercerita pasal 'hak', jika hak yang sepatutnya TIDAK KAMU TUNAIKAN..HAK ALLAH pun masih belum TERJAGA, berani benar menyebut pasal hak..♥♥

tentang JODOH & HIDAYAH...


‎~✿>> Bila bercakap SOAL JODOH, ramai yang memilih untuk BERUSAHA KERAS mencari walaupun SEDAR hakikat jodoh telah ditentukan..tetapi bila bercakap SOAL HIDAYAH, ramai pula MEMILIH untuk MENUNGGU biarpun sedar HIDAYAH itu PERLU DICARI..bukannya tunggu jatuh ke riba..♥♥

p/s : Apabila BERBUAT JAHAT dan MENGAKU belum mendapat hidayah Allah..padahal diri sendiri yang MENUTUP MATA dan HATINYA ketika hidayah Allah itu datang..ingatlah sahabat, HIDAYAH itu seperti CAHAYA, ia tidak akan menyapa mereka yang masih MENUTUP RAPAT jendela hatinya..♥♥

Solat Tahajjud


"Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah sembahyang tahajud padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji." - Surah Al-Isra (ayat 79)

Waktu tidur di malam hari sebenarnya ialah hanya 3 jam.. secara umumnya, ramai berfikir bahawa tidur selama 6-8jam di malam hari adalah tidur yg baik untuk tubuh badan..pendapat ini di tentang oleh oleh para saintis barat seperti dr Ray Meddis, seorang Profesor di Department of Human Sciences, England University of Technology yang mengatakan bahwa manusia sebenarnya hanya perlu tidur malam selama TIGA JAM.

Menurut kajian ahli perubatan barat, sebelum kita pergi tidur, pertama kita akan merasa mengantuk (drowsiness) di mana suhu badan kita akan menurun. Dengan mengatur waktu tidur dan menggunakan termometer kita boleh melatih diri kita untuk tidur bila perlu. Tidur yang teratur dapat mengefektifkan waktu kita terutama untuk beribadah di malam hari serta untuk mengerjakan hal lainnya. Di dalam Al-Quran disebutkan ada segolongan manusia yang masuk surga karena ibadah malamnya dengan mengurangi waktu tidur malamnya.

Dari sisi logik, mungkin kita tidak mengerti bahwa perintah Allah itu mendatangkan kebaikan. Sesungguhnya Sholat Tahajud meneguhkan iman kita, jiwa kita, mental kita untuk menghadapi masalah hidup duniawi dan lain-lain.

Kemudian dari sisi sains perubatan, kita akan menyedut oksigen di atmosfera bumi sekitar jam tiga pagi hingga terbit matahari dan menggerakkan otot-otot di dalam badan kita yang akan menyegarkan badan dan melancarkan aliran darah ditubuh kita.
Kedua hal tersebut , yaitu oksigen dan gerakan otot sangat penting bagi kesehatan tubuh manusia.

Oksigen akan hilang dari atmosfera bumi selepas matahari terbit dan tidak datang lagi sampai besok pagi. Hanya manusia yang bangun pada waktu ini yang dapat menikmati oksigen tersebut. Pada waktu inilah merupakan sebaik-baik oksigen..beruntunglah orang yang menyedut oksigen ini.

Kesimpulannya : Haruslah kita ingat bahawa, apa-apa sahaja yang datang daripada Allah S.W.T tentu mempunyai kebaikan, kerana sesungguhnya Dia Maha Mengetahui.. Buktinya Solat Tahajjud bukan sahaja merupakan ibadah yang dituntut oleh Allah S.W.T, tetapi ia juga dapat menyihatkan tubuh badan kita..jadi janganlah tinggal amalan mulia ini


Firman Allah S.W.T : "Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa adalah ditempatkan di dalam beberapa taman Syurga, dengan mata air-mata air terpancar padanya. (Keadaan mereka di sana) sentiasa menerima nikmat dan rahmat yang diberikan kepadanya oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka di dunia dahulu adalah orang-orang yang berbuat kebaikan. Mereka sentiasa mengambil sedikit sahaja: Masa dari waktu malam, untuk mereka tidur. Dan pada waktu akhir malam (sebelum fajar) pula, mereka selalu beristighfar kepada Allah (memohon ampun)". - Surah Az-Zariyat (ayat 15-18)