Thursday 27 October 2011

deligasi ROTU ke CHINA (17-21 okt 2011) :: caNDid ShOw

kenangan yang tidak dapat dilupakan ketika berkunjung ke PLA NATIONAL DEFENSE UNIVERSITY...sungguh mengagumkan...
 ketika sampai di FAMOUS HOTEL...inilah tempat penginapan kami selama seminggu di Beijing, China...hotel yang sangat ekslusif, mewah dan terkenal...memang suatu pengalaman yang tidak dapat dilupakan...
 setiap malam inilah kerja kami...meeting-meeting dan meeting... discuss soalan yang akan diajukan untuk program keesokannya...secara peribadi... memang best,mantap dan cool ar skuad2 semua...terbaik boh...
 haa... nie pulak tempat santapan kami... rasa2nya restoran nie la restoran yang terakhir tempat kami menikmati juadah masakan cina...restoran halal...insyaALLAH...w/pn ada arak di kaunter pembayaran..yakin je la...hahaha!!!
 bangunan yang kat belakang 2 adalah MUZIUM TENTERA CHINA...perh!!! mcm yg ade kt dlm... terkezut jap...semua ade....mcm2 senjata ade... tp yg paling best sekali tgk tentera china berkawad...terbaik...la...
 hahaha...nie smua skuad2 panda...sporting ar korang....moga2 ukhuwah yang terjalin ini kekal selamanya...
 wah...dapat juge bergambar ngan Datuk Panglima Angakatan Tentera Darat Malaysia...terbaik ar Datuk...belakang 2 adalah stadium sarang burung....
 ha... nie mase petang sblm pi beli-belah kat China....shopping 2 jam..pastu pi mkn malam kat kedutaan Malaysia...best...
 mase nie..lepas shopping.... best sgt...org china memang mantap ar bab berniaga nie...tipu nombor satu...harga RM10..diorang angkat jadi RM100...untunglaa...
 kenangan bergambar bersama jurulatih dan pegawai yang join delegasi nie...
 hahahaha....memang nice la gambar nie....rindunya mase nie......
 ni...... gambar mase mula2 masuk muzium...sempat lagi susun kedudukan....
 nie la universiti yang pertama kami lawati...Peking University...universiti terulung dunia....
 skuad2 panda sedang beraksi.....hahahaha....cantik ar gambar nie...
 melawat masjid yang tertua di CHINA...Alhamdulillah...khazanah ISLAM masih lagi kukuh di negeri CHINA...moga2  ISLAM kembli gemilang diseluruh dunia...amin!!!!!
 cantik sangat gambar blkg 2...memang menakjubkan....
 gambar nie...mase taklimat di KEDUTAAN MALAYSIA....thanks to Tuan Zulkafly and staff...
 inilah dia...TIMBALAN KOMANDAN PALAPES UM..tuan johan dan isteri...moga2 bahgia selalu....
 khusyuk mendengar taklimat daripada pelajar Peking...pastu gi jln2 skitar kwsn universiti...memang cantik kwsnnye sesuai sgt tuk menenangkan fikiran....
 mase nie...tgh tunggu ketibaan DATUK, TK. T. Zul...jamuan makan malam...



 gambar nie..mase kat airport TIANJIN....dah nak balik dah mase nie.....sedihnye tinggalkan bumi CHINA...

PeSaNkU PaDaMu TeMaN...


pesan pada hati, usah berkawan dengan iblis dan nafsu,
kerana susah sekali engkau mengawal dirimu,

pesan pada hati, berkawanlah dengan malaikat,
kerana Allah itu Maha Penerima Taubat.

pesan pada hati, usah suuzon pada insan yang meminta,
kerana engkau diberi pilihan untuk memberi saat dipinta.

pesan pada hati, berhati-hati dengan cinta,
kerana cinta itu buta kecuali kepada Pencipta.

pesan pada hati, selalulah husnuzon pada manusia,
mudah-mudahan dirimu dikasihi oleh Yang Maha Esa.

Wednesday 26 October 2011

PILIHAN DI TANGAN KITA....


Saat sedang nyenyak dibuai mimpi di atas tilam yang begitu empuk, bilik yang dingin dan kelam tanpa cahaya, kita terbangun tiba-tiba.
Setelah mata terbuka, persekitaran diamati. Belum subuh lagi ni, hati bermonolog sendirian. Kemudian tangan mencapai telefon bimbit melihat jam sekadar mendapatkan satu kepastian " Oh, baru pukul 3 pagi".

Dalam situasi di atas, apa yang akan kita lakukan?

Di sini, kita mempunyai beberapa pilihan.
Tanya iman kita dan buat lah pilihan bijak.

PILIHAN 1
Kebanyakan kita akan menarik selimut semula, dan menyambung episod kedua mimpi yang tergantung separuh jalan.
Bukan itu saja, hati turut mengomel,
"Apasal la aku bangun awal sangat."
Terzahir sebuah kekesalan. Kesal bangun awal? Nauzubillah.

PILIHAN 2
"Oh, baru pukul 3 pagi. Waktu macam ni doa makbul.
Ya Allah, ampunkanlah dosaku dan dosa kedua ibu bapaku. Jadikan aku hamba yang mempunyai semangat juang yang tinggi, berjuang untuk kebahagiaan dunia dan akhirat.."
Kemudian sambung kembali 'ibadah senyap'.

PILIHAN 3
Sebaik menyedari dah pukul 3 pagi (bukan baru pukul 3), segera bangun untuk solat tahajud.
Sembahlah Allah saat mata-mata lain terpejam rapat, rukuklah saat hati kita masih tenang, sujudlah saat minda masih kosong dari sebarang urusan dunia dan berdoalah saat doa didengari Allah SWT...

Terjaga dia awal pagi, adalah satu rahmat yang merupakan kurniaan Allah SWT. Siapa tahu saat Allah takdirkan kita terjaga, sebenarnya Allah menunggu untuk memakbulkan sebarang permintaan malam tersebut. Mulalah dari langkah pertama, berdoa sebaik terjaga. malah mintalah dari Allah untuk bangkitkan kita malam-malam seterusnya.

Itulah caranya mengucapkan terima kasih kerana terjaga saat sedang tidur., bukan mengomel kekesalan.
Tetapi, alangkah baiknya andai Tahajud dapat ditunaikan....

- Solusi 12

peringatan orang yang tidur...


Dan berkata guru kami rahimahullah : "Dunia itu hanya tiga nafas sahaja : Satu nafas telah lalu membawa amalanmu yang dikerjakan pada nafas itu, dan satu nafas yang sedang engkau alami, dan satu nafas lagi ialah apakah engkau akan sampai kepadanya ataupun tidak; kerana ramai orang yang sedang bernafas terburu oleh datangnya maut sebelum bernafas lagi. Jika demikian halnya, maka hanya ada satu nafas sahajayang engkau miliki bukan hari dan bukan saat, kerana itu segeralah melakukan taat pada nafas yang sedang engkau miliki, sebelum ia pergi dan bertaubatlah, sebab siapa tahu bahawa pada nafas kedua itu engkau akan mati"


TaWaN HaTi DeNgAn aKhLaK TeRpUjI