Tuesday 24 May 2016

CORETAN SUKA DUKA DI SRII AL-FAIZEEN


Kenangan indah selama 3 tahun (2013 - 2015) di Sekolah Rendah Islam Integrasi Alfaizeen, Seksyen 7, Kota Damansara, Selangor Darul Ehsan amat nostalgik dan merasuk kalbuku. Disinilah tempat yang menjadi titik tolak diriku bergelar seorang GURU. Disini juga dapat kurasai, kulalui dan kutempuhi pahit manis kehidupan sebagai seorang GURU.

Terimbau aku disaat pertama kali mendapat panggilan daripada Ketua Akademik, iaitu Ustazah Nur Hima Pauzi binti Suparman yang menyatakan bahawa aku diminta hadir untuk ditemu duga menjawat jawatan guru akademik Bahasa Melayu disana. Perasaanku amat gembira dan bahagia. Hampir saban waktu kuberdoa mudah-mudahan Allah mempermudahkan urusan aku ketika ditemu duga. hari yang dijanjikan telah tiba, aku ditemani seorang sahabat sebilik di UM, Hasif namanya, memandangkan Hasif tinggal di LGM (Lembaga Getah Malaysia) Sungai Buluh, dia lebih memahami selok-belok di Kota Damansara. Hasif membawaku ke Seksyen 7, Kota Damansara. Akhirnya aku sampai di Surau As-Sahabah yang mana terletaknya sekolah Rendah Islam Alfaizeen. Pada awalnya, bermain di benakku mana sekolahnya, rupanya seperti surau jer (aku ketawa sendirian...hahaha). Namun, kukuatkan langkah kakiku menuju ke pejabat sekolah.  Setelah berada di hadapan pejabat, aku memberi sapaan salam yang kemudian disahut oleh seorang perempuan, yang akhirnya kini kukenali sebagai Ustazah Nurhima. Alhamdulillah, urusan temu duga ku berjalan lancar dan akhirnya aku lulus. 

Episod pertama aku di SRII Al-Faizeen bermula pada akhir tahun 2012. Aku diminta oleh Ustazah Nurhima untuk bergotong-royong bersama-sama guru yang lain bagi mencantikkan kelas sebelum sesi persekolahan baru bermula. Aku dipertemukan dengan rakan-rakan guru baru antaranya Ustaz Nasrullah, Ustaz Fadzil dan Ustaz Rousydie. ketiga-tiga mereka merupakan guru baru di sekolah ini. kami mula akrab dan menjadi teman sehati sejiwa. setiap masalah yang dihadapi dikongsi bersama. sehinggakan pulang lewat malam dek kerana melepak di Mc Donald dan Pizza Hut di Seksyen 6 Kota Damansara. Aku begitu senang dan bahagia apabila bersama mereka. pelbagai cerita menarik dikongsi bersama malah ketidakpuasan hati juga diluahkan bagi menghilangkan tekanan kerja. Namun, semuanya hanya sementara, semuanya membawa haluan masing-masing apabila mendapat tawaran kerja yang lebih baik daripada SRII Al-FAIZEEN. jiwaku tetap akur menerima gaji yang cukup-cukup makan sahaja selama 3 tahun dan akhirnya aku tersedar yang perjuanganku harus dilebarkan demi kesenangan di dunia sementara. 

ketika di SRII AL-FAIZEEN pelbagai mehnah yang telah kurasai. diriku pernah diherdik, dimarah dan diserang oleh ibu bapa pelajar yang merasakan bahawa corak pengajaranku agak keterlaluan. aku pernah dipanggil mengadap Ketua Akademik kerana terdapat rungutan daripada ibu bapa pelajar. Aku ditegur, dinasihat dan diberi amaran supaya tidak mengulanginya lagi. Aku akur dan tabah kerana aku tahu niatku hanya untuk mengajar dan mendidik anak bangsa. Impian dan cita-citaku hanya satu, iaitu melihat mereka menjadi insan soleh selaras dengan gagasan bawaan sekolah. Hal ini menjadikan aku sebagai guru yang KEBAL dengan sebarang bedilan dan tohmahan butiran kata-kata insan kaya yang rapuh jiwanya. Mereka melihat daripada kaca mata kasta merdeka yang anak-anak tidak wajar disentuh, dicubit dan dirotan dek kerana kesalahan, kemalasan yang membelenggu diri mereka. Tentu ada sebab kenapa diriku begitu prihatin sehingga memberikan hukuman yang berat kepada mereka. contohnya, kerja sekolah tidak pernah disiapkan walaupun bertalu-talu amaran diberikan.

tidak lupa juga pelbagai kenangan manis dan memori indah pernah terkait dalam riwayat hidupku di bumi Al-Faizeen. kenangan bersama teman-teman seperjuangan yang mengalami nasib yang sama (Kak Izzati, Bonda Ramlah, Kak Huda dan ramai lagi), iaitu bermasalah dengan pengurusan sekolah yang bagi aku hanya mahukan material semata daripada serapan ukhrawi untuk anak-anak didiknya. melalui pemerhatianku segala usaha diserahkan kepada guru, hatta hal kebajikan pelajar juga diabaikan malah diambil kesempatan... Allahu Musta'an... Wallahu A'lam...(lupekan ajer ler cite tu... senang cite what you give, you get back)... 

kenangan terindah di Al-faizeen bila mana tibanya hari guru... wah2... anak2 al-faizeen sangat menghargai semangat juang guru-gurunya... Allahu bestnye...dapat hadiah banyak giler... penuh meja... lagi2 la kalau mengajar kelas tahun 1 dan 2... perh... mau x menang tangan dibuatnya nak bawa balik...hahaha...

sebenarnya nak cite banyak lagi tapi masa x cukup... nanti kite sambung yer... 

dan ape yang aku cube highlightkan di sini...


Suka dukanya seorang GURU kekal DIINGATAN...

AL-FAIZEEN DI HATI...

Tambah kapsyen

Saturday 5 July 2014

CUCU SENGAL SEGALA SENGAL HAHAHAHAHA        


Cucu: hai nek..tengah buat ape tu..?
Nenek: cari daun palas ni  haa..
Cucu: utk apa daun palas nek..? :-)
Nenek: utk buat ketupat..
Cucu: ketupat utk apa nek..?
Nenek: utk makan nanti
Cucu: ohh...Skarang nenek buat apa..?
Nenek: cari daun palas..
Cucu: utk apa ah..??
Nenek: mau buat ketupat dah cakap tadi kan..
Cucu: ketupat tu utk apa nek..?
Nenek: utk makan la..Takkan utk melastik pulak..
Cucu: ohh gitu..
Nenek: dah laa pegi main sane..jgn kacau nenek..
Cucu: kenapa..?
Nenek : sbb nenek sibuk...
Cucu: sibuk buat apa..??
Nenek: cari daun palas laa kan da cakap tadi..
Cucu: daun palas utk..??
Nenek: utk buat KETUPAT KETUPAT KETUPAT..!!!
Cucu: nenek ckp dgn sape tu..?
Nenek: dgn kau la..!!
Cucu: nape menjerit..? sy dekat jew pon.
Nenek: sbb kau tak pandai faham2..Tak pakai mata utk tgok org tgah buat kerja..
Cucu: buat keja apa..??  
Nenek: arrrrrghhhhhhhh!!!CARI DAUN PALAS laa bodoh..!!!
cucu : utk ape..??      
Nenek : bodoh nyee cucu aku nih.. Utk makan..!!!    
Cucu : ada beras kat rumah , nape nenek nak makan daun palas pulak..?  
Nenek : cucu ku yg paling kiut , pandai nd hensem... Sebelum aku dpt strok baik kau biar aku buat keje cari daun palas..jangan kacau taw..!!!      
   Cucu : yg betul2 nye ni nenek nak cari daun palas kew atau cari strok..? Strok tu ape..? Dia hijau jugak mcm daun palas..?    
    Nenek : adoi banggang nye tanak phm..!!!    
     Cucu: tanak..? sy cucu laa nek bukan anak nenek.. nenek stress kew nek..??      
  Nenek : yew aku stress..!! aku sakit kepala..!! aku mau gila..! Aku stress stress stress...!!      
  Cucu : kalo cari daun palas boleh stress , nape nenek masih juga mau cari..?      
   Nenek : CUKUP !!! JANGAN TANYA LAGI..!!! BAGUS KAU BALIK RUMAH SKARANG..!!!!        
 Cucu : haa ok la .. Nenek tanak ikut balik..??    
    Nenek : tidak..! aku ada kerja..!!      
   Cucu : kerja apa..?    
    Nenek : cari daun palas    
    Cucu : utk ape daun palas ah..??      
   Nenek: arrgghhh..!!! Tidak..!! Tidak..!!!! Tidak..!!!!!!!!        
*Terus nenek dia lari laju2 , tak tengok belakang pun..Kalau korang nmpak org tua masih lari2 , jgn ckp pasal  daun palas ahh.. Sensitif tu.. Hahahahaha
..................


Gelak petang..jgn stess tau

Tuesday 22 May 2012

BAHAYA DOSA..


~✿..Apa BAHAYA DOSA? Bahaya dosa yang PALING BESAR adalah ia MENGELAPKAN HATI..bila hati gelap, kita akan TERHIJAB daripda Ilahi..bayangkan, apabila kita ada masalah..memang terdetik hendak MENGADU kepada Allah tetapi akhirnya kita rasa SEGAN menggunung, “Aku bukan baik, Allah nak layan ke aku?” dan biasanya kita TEWAS sebab apabila BANYAK DOSA, sangka baik kepada Allah pun jadi SUKAR..

Sebab itu banyakkanlah buat KEBAIKAN walaupun sekecil SENYUMAN, walau semudah DHUHA dua rakaat, kita akan BERSEMANGAT, dan kita akan melihat apabila kita ada masalah..kita mudah MENGADU kepada Allah, dan kekuatan turun mencurah IBARAT HUJAN..✿

>>> JANGANLAH malu untuk BERTAUBAT kerana selalu buat dosa, tapi malulah untuk buat dosa kerana BANYAK KALI sudah bertaubat..♥♥♥

~✿..Sesungguhnya SYURGA itu benar, DIYAKINI oleh orang yang benar..DIRAIH melalui amalan-amalan yang benar dan DISAMPAIKAN oleh Allah Yang Maha Benar (al-Haq) kepada RasulNya yang benar lagi dibenarkan..✿~

•••˙•:DUHAI SAHABAT..•˙♥●••˙**˙♥●••˙*••˙˙*

❝..JANGAN bermimpi mencipta KEBAHAGIAAN,
Jika TIDAK mampu memupuk SABAR melalui KEKECEWAAN..❞
❝..JANGAN terlalu mengharap akan KESEMPURNAAN,
Jika TIDAK mahu berusaha MEMPERBAIKI DIRI melalui KESALAHAN..❞
❝..JANGAN mendamba dan meminta BERLEBIH-LEBIHAN,
Jika TIDAK tahu untuk BERSYUKUR dan BERTERIMA KASIH di atas PEMBERIAN..❞ .

Wednesday 28 March 2012

LeLaKi PiLiHaN...


✿~ Lelaki yang baik takkan berusaha mendekati,
meskipun dengan niat yang suci,
kerana dia sentiasa menyedari,
niat mungkin terpesong sekalipun begitu murni,
kerana dia mengakui,
makhluk bertanduk dua sentiasa "memerhati"!
Ingatlah,Allah jua yang Maha Meengetahui.

✿~ Lelaki yang pintar sentiasa risau dirinya akan membawa fitnah kepada wanita,Lelaki yang pintar tidak akan sekali-kali gentar apabila seorang wanita bertindak tegas terhadapnya kerana dia sedar itulah wanita sejati!
Yang mempunyai harga diri, yang takut kepada Ilahi.
Lelaki yang pintar takkan risau dan gusar dengan status 'single' kerana dia tahu dengan izin-Nya kelak dia akan berjabat dengan seorang wali yang bakal memberikan titik noktah kepada status tersebut! ~

✿~ Wanita jadilah seperti mawar yang berduri...Jadilah bunga mawar yang indah berpagarkan duri.Jangan biarkan dirimu menjadi sembarangan bunga yang tetap juga indah tetapi,sayang tidak berduri, Apabila tidak berduri , tiada lagi benteng yang boleh melindungi keindahan si bunga daripada sewenang-wenangnya didekati sang kumbang. Lantas, tercemarlah keindahan dan murahlah nilainya. Duri mawar itulah ditasbihkan dengan perbatasan aurat, akhlak dan al-haya’. Dengan pagaran duri itu, kilauan warnanya semakin memancar indah dan harum aromanya menyelinap di segenap naluri yang mengundang kekaguman di hati sang kumbang hinggakan sang kumbang berfikir beberapa kali untuk mendekati! ~